fbpx

Aksi Syed Saddiq melompat dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan aksi Syed Saddiq melompat semasa menonton perlumbaan basikal.

PETALING JAYA – Aksi melompat bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semasa menyaksikan aksi wira negara ketika acara keirin Olimpik Tokyo 2020 petang tadi mendapat reaksi berbeza orang ramai.

Dalam satu hantaran yang dibuat Ahli Parlimen Muar itu, kelihatan dia melompat kegembiraan apabila dua pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Datuk Azizul Hasni Awang melepasi pusingan kelayakan.

Untuk rekod, dua pelumba basikal trak negara itu layak ke pusingan suku akhir yang dijadualkan berlangsung petang esok.

Menerusi komen, Syed Saddiq menyatakan beliau bertindk demikian kerana gembira apabila dua atlet kebangsaan itu berjaya dan bukannya ‘melompat’ yang tiada prinsip.

“Jangan risau, saya lompat kegembiraan menyokong atlet negara. Bukan lompat seperti katak politik yang tidak berprinsip dan mudah dibeli,” ujarnya.

Rata-rata orang ramai berbeza pendapat dan turut menasihati Presiden Parti Muda itu untuk tidak berbuat sedemikian dan menyifatkan itu hanya lakonan semata-mata.

“Masa awak jadi menteri, apa saja yang anda buat?” soal Izz One.

“Dah cukup lah politik ni YB, nampak sangat berlakon. Kami rakyat tengah susah, esok fikir nak makan apa,” jelas Ferish. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI