fbpx

Instagram Jack Carlin mula diserang ‘tentera bawang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar 'tentera bawang' mula menyerang Instagram pelumba Great Britain

PETALING JAYA – Kemalangan yang melibatkan pelumba basikal trek dari Great Britain, Jack Carlin dengan pelumba muda negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom ketika saingan awal acara kirin lelaki petang tadi menjadi bualan hangat penonton.

Malah apa yang mengejutkan, laman Instagram, Jack Carlin ketika ini sedang diserang oleh ‘tentera bawang’ Malaysia yang mengutuk cara yang dilakukan oleh pelumba dunia itu.

Dalam perlumbaan di ‘heat’ kedua itu, Jack Carlin dilihat secara sengaja melanggar Muhammad Shah Firdaus sehingga pelumba kebangsaan itu mengalami kecederaan serius di bahu.

Walaubagaimanapun, Muhammad Shah Firdaus berjaya ke peringkat suku akhir esok bersama seorang lagi pelumba negara Datuk Azizul Hasni Awang di saingan individu kirin Olimpik Tokyo 2020.

Rata-rata orang ramai menyifatkan tentera bawang yang menyerang laman sosial pelumba Great Britain itu tidak sepatut tidak melakukannya dan boleh memalukan negara kita sendiri.

“Inilah dia Malaysia macam budak kecil padahal dah tua bangka ,tak payahlah kecam, segan la sikit kat Azizul dia pemain professional dan tinggi pemikirannya.

“Macam orang tak ada pelajaran adat pertandingan pasti ada yang nak menang niat jahat ke apa ke normal la,” jelas Cik Tyra Katriana.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI