BEAUFORT – Seorang lelaki dilaporkan sanggup mengugut isterinya menggunakan sebilah parang ekoran cemburu dalam kejadian di rumah pasangan terbabit di Kampung Siaun, Menumbok kelmarin.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, suspek berusia 60 tahun berkenaan dikatakan menumbuk pinggang isterinya kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan lelaki lain dalam kejadian pukul 7 malam itu.
Yusoff Zaki memaklumkan mangsa berusia 48 tahun itu mengadu sakit di bahagian pinggang kiri dan tidak mampu berjalan semasa diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.
“Siasatan awal mendapati, suspek mengugut isterinya menggunakan parang dengan mengacu ke leher mangsa. Suspek turut mengugut hendak membunuh isterinya sebelum menumbuk mangsa di bahagian pinggang sebelah kiri.
“Punca kejadian adalah disebabkan suspek cemburu kerana mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929