fbpx

Vaksin berbayar khusus untuk sektor industri, syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni ketika merasmikan Pembukaan Persidangan Virtual Dewan Muda Johor 2021 hari ini.

JOHOR BAHRU – Pelaksanaan program vaksinasi berbayar, Johor Vaksin Immunisation Programme (JVIP) diperkenalkan khusus buat sektor industri atau syarikat yang mahu menyegerakan suntikan kepada pekerja bagi membolehkan mereka beroperasi.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, bagaimanapun, perkara itu bukan program yang diwajibkan kerana pemberian vaksin menerusi program awam tetap berlangsung termasuklah buat pekerja dalam sektor berkenaan.

Menurut beliau, terdapat salah faham dalam kalangan masyarakat bahawa jika mahu segera mendapatkan suntikan vaksin mereka perlu bayar sedangkan perkara itu tidak tepat.

“Johor sebagai sebuah negeri industri adalah amat penting untuk kita turut menyuntik pekerja termasuk warga asing kerana kita juga memahami keperluan syarikat multinasional agar mereka dapat beroperasi walau dalam tempoh pandemik ini.

“Oleh itu kerajaan negeri menjalin kerjasama dengan beberapa pihak termasuklah KPJ Healthcare dan Pharmaniaga untuk memulakan program vaksin berbayar, bukan melalui program vaksin awam.

“Bermakna program vaksin berbayar ini hanya kepada industri yang memerlukan pekerja mereka divaksin segera dan ia bukan sesuatu yang diwajibkan,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI