MACHANG – Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan pemberian elaun tambahan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang terlibat secara langsung dengan pengurusan jenazah pesakit Covid-19.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pengorbanan anggota JPBM sewaktu melakukan kerja-kerja tersebut yang berisiko dijangkiti virus Covid-19 wajar dihargai.
“Sekarang mungkin sudah ada yang terima elaun khas pengurusan Covid-19. Saya rasa boleh pertimbangkan (cadangan elaun tambahan) memandangkan risikonya tinggi.
“Memandangkan pengurusan Covid-19 sudah menjadi tanggungjawab bersama walaupun bukan kerja mereka, jadi kita akan bincang perkara tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Belah di sini hari. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929