fbpx

Misteri buah sawit penduduk hilang terungkai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang ditahan selepas disyaki mencuri buah kelapa sawit penduduk di Blok 12, Felda Sungai Mas, Kota Tinggi kelmarin.- Foto IHSAN PDRM

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Misteri kehilangan buah kelapa sawit penduduk di Blok 12, Felda Sungai Mas di sini yang berlaku sejak kira-kira dua bulan lalu terungkai dengan tertangkapnya dua suspek penduduk tempatan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian curi buah kelapa sawit Felda berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang.

Katanya, dalam kejadian itu dua lelaki tempatan berusia 39 dan 41 tahun berjaya ditangkap bersama sebuah lori yang dengan muatan 41 tandan kelapa sawit.

“Pihak polis telah merampas 41 tandan buah kelapa sawit di mana seberat tiga tan berharga lebih kurang RM2,700. Turut dirampas sebuah lori yang digunakan oleh suspek.

“Anggaran nilai rampasan kira-kira RM25,000. Ujian saringan air kencing juga mendapati kedua-duanya negatif dadah dan juga tidak memiliki rekod lampau,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kedua-dua suspek merupakan peneroka disyaki telah melakukan perbuatan pertama dan kedua selang dua bulan.

Katanya, suspek telah direman selama tiga hari sehingga 8 Ogos untuk membantu siasatan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI