fbpx

Melecur separuh badan bengkel meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Haziq menunjukkan keadaan bengkel ayahnya yang hangus dalam kejadian kebakaran di Kampung Gerong, Tumpat malam tadi. - FOTO ROSALWANI CHE SOH

TUMPAT – Seorang pemilik bengkel motosikal melecur separuh bahagian badannya selepas terkena percikan minyak hitam dalam kejadian kebakaran di Kampung Gerong di sini semalam.

Mangsa, Mohamad Azmi Deraman, 53, mengalami kecederaan itu ketika dia cuba untuk menyelamatkan dua buah motosikal pelanggan dan beberapa barangan lain selepas bengkelnya terbakar sebelum meletup kira-kira pukul 9.45 malam.

Anak mangsa, Mohamad Haziq,19, sewaktu kejadian, dia bersama ayah dan keluarganya sedang beristirahat selepas menutup operasi bengkel yang berada di belakang rumah pada sebelah petang.

Katanya, bagaimanapun, mereka sekeluarga dikejutkan dengan jeritan orang awam yang memaklumkan bahawa kebakaran berlaku dari bahagian dalam bengkel.

Badan Mohamad Azmi melecur 60 peratus dan kini dirawat di HRPZ II Kota Bharu. FOTO IHSAN BOMBA

“Ayah terus bergegas keluar dari rumah dan cuba menyelamatkan dua buah motosikal pelanggan yang dibaiki dan beberapa barangan lain. Kami sempat menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran yang masih kecil ketika itu.

“Api semakin marak menyebabkan saya keluar dan pergi ke kedai runcit berhampiran untuk mengambil alat pemadam api yang lebih besar sebelum terdengar bunyi letupan dari dalam bengkel,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI