fbpx

177 tangki air statik untuk penduduk Kuala Nerus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA NERUS – Pejabat Khidmat Parlimen Kuala Nerus menyediakan 177 tangki air statik bagi kemudahan penduduk yang terjejas dengan krisis bekalan air sejak Isnin lalu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, tangki air statik itu diletakkan di setiap kampung yang terjejas sehinggalah isu gangguan bekalan air itu dijangka selesai sepenuhnya Rabu ini.

“Pejabat Parlimen Kuala Nerus dengan kerjasama Majlis Getah Malaysia (MRC) juga mengambil inisiatif menyewa dua lori tangki yang boleh memuatkan 40,000 liter air bagi setiap trip.

“Lori tangki berkenaan akan bergerak di setiap kampung terjejas untuk membekalkan bekalan air setiap hari sehingga masalah gangguan ini selesai sepenuhnya,” katanya ketika ditemui pada program Misi Bekalan Air di Dewan Serbaguna Tepuh di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI