fbpx

Siti Sarah belum sedarkan diri, tapi paras oksigen meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Sarah Raisuddin masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya semalam.

Suaminya, Shuib bagaimanapun memaklumkan, bacaan atau paras oksigen menunjukkan perkembangan yang baik.

“Setakat pagi ini, Sarah masih lagi belum sedarkan diri. Masih lagi perlukan bantuan oksigen cuma, alhamdulillah ada peningkatan.

“Pukul 11 malam tadi (bacaan) oksigen turun sampai 40 tetapi pukul 2 pagi, alhamdulillah oksigen naik sampai 77 dan baru tadi doktor maklumkan, oksigen Sarah sudah 80.

“Saya harap semua yang melihat ‘post’ ini terus mendoakan dia dan anak saya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat,” tulis Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37. menerusi satu muat naik dalam InstaStorynya pagi ini.

TANGKAP layar InstaStory Shuib yang dimuat naik pagi ini.

Malam tadi, Shuib mengakui reda dengan sepenuh hati berdepan ujian Allah yang terpaksa dilaluinya. Dia juga yakin, Sarah akan terus kuat, kembali sihat berkat doa semua orang.

Semalam sekitar pukul 4 petang, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan koma menerusi pembedahan bagi mengelakkan risiko akibat keadaannya yang agak kritikal.

Biarpun dilahirkan pra matang dan menggunakan bantuan pernafasan, bayi yang akan dinamakan sebagai Ayash Affan atas pilihan Sarah itu berada dalam keadaan stabil.

Siti Sarah, 37, sebelum ini dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa lalu berikutan tahap oksigen dalam badannya yang semakin merosot.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas menjalani saringan setelah pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Pasangan itu bernikah pada 2011dan dikurniakan  tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI