fbpx

Antem semangat ‘Paracetamol’ K-Clique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN K-CLIQUE

KALI terakhir kumpulan hip-hop asal Sabah ini meluncurkan karya muzik sebagai satu kumpulan lengkap kira-kira setahun lalu menerusi lagu berjudul Merais.

Setahun teruji dengan pelbagai onak duri terutama pandemik Covid-19 yang masih membelenggu, kumpulan yang dianggotai MK, Noki, Tuju, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas itu kembali dengan single terbaharu berjudul Sebelum/Paracetamol.

Paracetamol merupakan sebuah lagi antem hip-hop yang bagus dari segi melodi dan penulisan lirik, namun nampaknya, kebanyakan pendengar seperti sudah lupa yang K-Clique masih ‘terikat’ sebagai satu kumpulan impak kejayaan bersifat individualistik yang dikecapi beberapa ahli kumpulan sebelum ini.

Bercakap tentang melodi ataupun secara khususnya komposisi muzik, penulis sebagai penggemar karya K-Clique berpendapat, lagu berkenaan diadun dengan nilai kontemporari dan hip-hop yang cukup sempurna.

Momentum muzik K-Clique masih berbisa sama seperti kali pertama pendengar diperkenalkan dengan antara karya sulung mereka, Lane Lain Line.

Kualiti suara ‘vokalis’ utama mereka, Tuju memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Ketika Tuju melaungkan verse ‘sebelum, langkah-langkahnya terbuka’, secara peribadi, penulis sudah mengagak, karya kali ini terus memberi bukti kumpulan itu harus terus diberikan perhatian sebagai satu kumpulan.

MUNCUL dengan sebuah nukilan yang judulnya secara kiasan bersifat ubat kepada pandemik kini, sayangnya Paracetemol K-Clique kelihatan lambat panas, sedangkan cukup banyak khasiat.

‘Flow’ masih berbisa

Dalam pada itu, peranan berikutnya turut dijayakan dengan sempurna ahli-ahli K-Clique yang lain.

Kalau kalian benar mengikuti perkembangan kumpulan ini, kalian tahu apa setiap tugas dari segi muzikal yang dijayakan setiap daripada mereka dalam pembikinan sesebuah naskhah.

Dari segi nukilan lirik, Paracetamol memberi peringatan kepada kita semua untuk sentiasa berpegang kepada semangat kehidupan walaupun kini dihujani dengan pelbagai cabaran, baik segi mental mahupun kewangan.

Secara kiasannya, walaupun lagu ini masih bercerita tentang ‘hustle’, tidak ketinggalan, ada mesej tersembunyi yang boleh dipraktikkan bergantung kepada interpretasi masing-masing.

Sebenarnya, penulis kurang jelas tentang alasan, mengapa lagu ini masih belum boleh didengari di platform penstriman. Spotify misalnya.

Selepas hampir sebulan dilancarkan, Paracetemol masih kurang mendapat perhatian.

Kalau dahulu lagu Mimpi tidak ‘layak’ bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana bukan 100 peratus dibikin orang Malaysia dan lagu Merais pula kandungan terlalu ‘dark’, rasanya kini sudah tiba waktu untuk K-Clique berdentum atas pentas berprestij itu sebagai satu kumpulan selepas Noki berjaya membuktikan sesuatu edisi lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI