fbpx

KL catat kadar insiden kes Covid-19 tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pelaporan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia seiring dengan peningkatan kes secara global dengan kadar insiden tertinggi negara dicatatkan Kuala Lumpur dengan 105.7 per 100,000 penduduk.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti Selangor (101.5), Putrajaya (75.6), Negeri Sembilan (71.7), Melaka (53.8) dan Kedah (51.8).

Beliau berkata, jumlah kluster juga meningkat daripada 286 kluster dalam tempoh di antara 23 Jun hingga 6 Julai kepada 347 kluster dalam tempoh di antara 7 Julai hingga 20 Julai.

“Seterusnya kepada 401 kluster bagi tempoh di antara 21 Julai hingga 1 Ogos. Dalam tempoh sama, didapati bilangan kluster tempat kerja juga meningkat daripada 180 kluster kepada 204 kluster dan terkini 213 kluster.

“Bilangan kluster komuniti juga meningkat daripada 86 kluster kepada 91 kluster dan terkini 142 kluster bagi tempoh tersebut. Peningkatan ini adalah susulan daripada saringan kontak rapat yang meluas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, peningkatan kes juga dipercayai disumbangkan oleh penularan varian Delta dan sehingga kini sebanyak 199 kes varian Delta telah dikesan dalam komuniti.

“Varian Delta ini menyebabkan kadar jangkitan virus lebih cepat, agresif dan kurang menunjukkan respons terhadap rawatan yang diberikan,” jelasnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI