KLANG – Kegiatan sindiket penjualan arak secara haram di tepi jalan tumpas dengan merampas sebanyak 1,800 tin pelbagai jenis di Taman Kim Chuan di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 7.30 petang itu turut menahan seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga India berusia 50 tahun.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, kejayaan itu hasil unit risikan PPM Pelabuhan Klang yang mengesan sebuah van di Pandamaran menjual arak secara tanpa cukai.
Katanya, siasatan awal mereka lebih gemar menggunakan kenderaan sebagai ‘kedai bergerak’ untuk menjual arak bagi memudahkan melarikan diri.
“Menyedari kehadiran polis, PATI tersebut memecut laju van tersebut sebelum berjaya pintas di belakang lorong Taman Kim Chuan.
“Hasil pemeriksaan ke atas van tersebut menemui sebanyak 1,800 tin arak antaranya termasuk jenis Atlas (888), Tag (480) Carlsbergg (240 ), Buduweiser (144 ) dan Phoenix (48 ),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jarak lokasi Pandamaran ke Taman Kim Chuan kira-kira 1 kilometer.
Rosman menambah, nilai rampasan arak termasuk cukai dianggarkan RM24,199.10 selain turut merampas sebuah van dipandu suspek.
Jelas beliau, kesemua barangan rampasan termasuk suspek dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1) Akta imigresen,” katanya. – K! ONLINE