fbpx

Kat Mexico bukan Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan dua lelaki bergaduh didakwa berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil, di sini, petang tadi.

REMBAU – Polis menafikan video tular membabitkan pergaduhan berebut durian yang tersebar melalui aplikasi whatsApp berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Hazri Mohamad berkata, lokasi pergaduhan dalam video tular berkenaan dikesan merupakan insiden yang berlaku di Mexico.

Menurutnya, dakwaan menyatakan kes pergaduhan berkenaan berlaku di daerah ini merupakan berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran penduduk setempat.

“Jangan sebarkan berita yang belum tahu kesahihan berlaku di kawasan Rembau dan akan menimbulkan kegusaran serta kebimbangan masyarakat setempat,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.

Terdahulu, video berdurasi 13 saat itu menjadi tular di aplikasi WhastApp sejak petang tadi membabitkan rakaman pergaduhan dua lelaki yang diakhiri dengan kepala salah seorang daripada lelaki berkenaan ditetak dengan kapak.

Turut disertakan dalam video berkenaan dua audio berdurasi 12 saat dan lima saat yang mendakwa kejadian berkenaan berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil, petang tadi.

“Ni kes terbaghu yo… yang berlaku kek Ghombau tadi kek Chombong Halt Kochik. Dihontak eh oghang tu pakai kapak ko changkul… Pocah kepalo oghang tu ghobutkan dian. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI