fbpx

Ain Husniza, bapa dipanggil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video TikTok Ain Husniza mengenai guru sekolahnya yang tular pada April lalu.

PETALING JAYA – Polis memanggil pelajar sekolah, Nurain Husniza Saiful Nizam bersama bapanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh petang tadi bagi membantu proses siasatan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang guru lelaki.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafaaton Abu Bakar berkata, guru tersebut membuat laporan polis ekoran kenyataan berbaur fitnah serta mengaibkan dirinya sebagai seorang guru serta Institusi Perguruan.

“Kenyataan itu dikatakan dibuat oleh pelajar itu semasa wawancara yang disiarkan di media sosial Utusan Online pada 30 April 2021 berkenaan guru pendidikan jasmani yang menyebut tentang elemen rogol semasa di dalam kelas.

“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sungai Buloh telah memanggil Nurain Husniza bersama bapanya, Saiful Nizam Ab. Wahab untuk tujuan rakaman percakapan bagi membantu proses siasatan berkenaan aduan terhadap laporan polis dibuat guru tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shafaaton berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Nurain Husniza memaklumkan menerima surat tuntutan mahkamah daripada guru sekolah lamanya.

Ain Husniza melalui hantaran di Twitternya memberitahu, di dalam surat itu dia diberikan tempoh tujuh hari untuk semua tuntutan pernyataan-pernyataan fitnah selain turut dituntut untuk membayar ganti rugi sehingga RM1,000,000. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI