fbpx

Bartomeu punca Barcelona gagal tambat Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAPORTA

BARCELONA – Presiden Barcelona, Joan Laporta mengakui kelab itu tidak mampu untuk menandatangani semula pemain bintangnya, Lionel Messi kerana proses itu akan melanggar peraturan kewangan adil (FFP) yang ditetapkan oleh La Liga.

Menurutnya, Barcelona dan Messi telah menyatakan persetujuan untuk terus bekerjasama tetapi halangan utamanya adalah jumlah gaji yang dibayar oleh kelab kepada pemain sudah lebih daripada 110 peratus daripada jumlah penghasilan.

“Kelab adalah lebih penting daripada segala-galanya, walaupun ia berkaitan dengan isu pemain terbaik dunia,” katanya dalam sidang media petang tadi.

Tambahnya, Laporte telah bersetuju dengan dua perkara bersama Messi iaitu bayaran gaji untuk tempoh dua tahun pertama pemain itu akan diselesaikan dalam tempoh lima tahun dan kedua, ia melibatkan perjanjian untuk tempoh lima tahun.

Bagaimanapun, persetujuan tersebut gagal dimeterai kerana peraturan FFP yang telah ditetapkan oleh La Liga.

Presiden baharu Barcelona itu juga mengakui bahawa situasi kewangan yang perlu dihadapi oleh kelab itu yang diwarisi daripada bekas presiden, Josep Maria Bartomeu adalah lebih teruk daripada apa yang dijangkakan.

“Kami telah melakukan segala-galanya untuk memastikan Barcelona terus mengekalkan Messi dalam suasana ekonomi kelab yang seperti ini.

“Kami telah mencapai kesepakatan tetapi gagal untuk memeterai perjanjian kerana masalah jumlah pembayaran gaji yang terhad.

“Saya tidak mahu terus mendedahkan situasi dalaman kelab yang kami warisi daripada pengurusan sebelum ini. Ia mengenai kesilapan keputusan yang telah dilakukan membuatkan situasi kami semakin teruk,” jelasya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN