fbpx

Suspek kes rempuh bot dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inilah bot yang dikendalikan oleh suspek yang terlibat dalam kejadian rempuhan sehingga mengakibatkan kematian seorang individu hari ini.

KOTA KINABALU – Polis sudah mengenal pasti seorang lelaki yang terlibat kes rempuh bot sehingga mengakibatkan satu kematian hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, suspek dikenali sebagai Adam Kamlum.

“Suspek berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai tinggal di Kampung Selangan, Lok Urai, Pulau Gaya.

“Bagaimanapun, setakat ini suspek tidak lagi kelihatan di kampungnya dipercayai sudah bersembunyi.

“Namun usaha memburu lelaki itu sedang dijalankan dan kita percaya dia masih berada di sekitar Pulau Gaya,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Berita berkaitan: Lebih tiga jam pegang mayat rakan

Mengulas lanjut, Mohd. Zaidi meminta orang awam yang mempunyai maklumat supaya tampil untuk membantu siasatan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI