fbpx

Isu ekonomi, ketidakstabilan politik tingkatkan jenayah terancang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelaksanaan GEG bakal memberi kesan kepada ekosistem ekonomi termasuk kadar pengangguran yang dijangka meningkat semula. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ketidaktentuan politik di Malaysia dan pelbagai isu ekonomi disebabkan pandemik Covid-19 kini telah diambil kesempatan sepenuhnya oleh kumpulan jenayah terancang, terutamanya yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan perdagangan haram.

Advokasi Runcit dan Jenama Dagang cawangan Malaysia (RTBA Malaysia) berkata, ia turut meningkatkan kadar pengangguran dan penurunan tahap pendapatan isi rumah.

Pengarah Urusannya, Datuk  Fazli Nordin berkata, kajian menunjukkan kaitan jelas antara ketidakstabilan politik dan pertambahan aktiviti kumpulan jenayah terancang. 

“Lazimnya, penjenayah mengaut keuntungan apabila kerajaan mengalih pandangan daripada isu-isu keselamatan dan penguatkuasaan serta cabaran-cabaran ekonomi.

“Pergolakan politik di Malaysia belum mencapai tahap kritikal, namun kita sudah pun melihat peningkatan aktiviti penyeludupan barangan haram dalam beberapa bulan kebelakangan ini, terutama penyeludupan rokok,” katanya dalam kenyataan.

Fazli menjelaskan,  sindiket jenayah terancang membawa masuk  sebilangan besar rokok seludup dari negara lain seperti Indonesia dan Vietnam menggunakan kapal kargo besar dan berlabuh sebelum sempadan perairan negara ini.

“Operasi licik membabitkan orang asing dan orang tempatan yang bersubahat kemudiannya membawa rokok tersebut  menerobos ke pantai yang luas untuk diedarkan seluruh Malaysia,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI