fbpx

Penghantar makanan nyaris maut dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penghantar makanan berjaya diselamatkan selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Besar Pekan Telok Sengat, Kota Tinggi petang hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang penghantar makanan patah kaki selepas dihempap pokok yang tumbang dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat di Jalan Besar Pekan Telok Sengat, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 3 petang melibatkan seorang lelaki berusia 23 tahun dari Felda Sungai Mas.

Katanya, selain motosikal jenis Yamaha 135 LC ditunggang mangsa, turut terlibat dalam kejadian itu adalah sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu warga emas berusia 61 tahun yang kemik di bahagian kiri.

“Ketika kejadian, cuaca hujan dan angin kuat. Sebatang pokok besar tumbang dan menghempap bahagian hadapan kereta Perodua Axia.

“Pada masa sama, sebuah motosikal turut dihempap pokok tersebut menyebabkan penunggangnya patah kaki kiri,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata, Ketua Polis Balai Telok Sengat bersama anggota bergegas ke tempat kejadian untuk membuat kawalan lalu lintas serta memberikan bantuan kecemasan di lokasi.

Mangsa ketika itu terbaring atas jalan raya bersama motosikalnya dan dihantar ke Hospital Daerah Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI