PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan penghargaan kepada timbalannya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau dalam satu kenyataan turut mengucapkan terima kasih di atas pendirian mereka yang bersetuju bahawa keabsahannya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen pada September dalam usul undi percaya dan bukan melalui kaedah lain.
“Ini adalah selaras dengan titah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan kepada saya semasa sesi menghadap di Istana Negara pada hari Rabu.
“Saya berhadap agar pendirian Ahli-Ahli Parlimen BN ini akan menghentikan polemik politik yang sedang berlaku pada masa ini dan memberi ruang kepada kerajaan untuk menumpuan sepenuh perhatian kepada usaha menangani Covid-19, mempercepatkan proses vaksinasi dan memulihkan ekonomi negara,” katanya hari ini.
Menurut Muhyiddin, kepentingan rakyat dan negara perlu diutamakan dalam menghadapi pandemik Covid-19. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929