fbpx

Warga pengajian tinggi terima vaksin menjelang Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pasukan Petugas Khas Covid-19 Kebangsaan (CITF) telah bersetuju untuk memberi vaksin kepada seluruh warga pengajian tinggi menjelang Oktober depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, proses itu akan berjalan secara berperingkat sebagai usaha mewujudkan gelembung kampus (campus bubble).

“Usaha ini supaya lebih ramai pelajar dapat kembali ke kampus secara berfasa dan menjalani Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara hibrid.

“Ia merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Institut Pengajian Tinggi (PEMULIH IPT) yang sedang dirangka oleh pihak kementerian,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau berkata, dalam PEMULIH IPT, beberapa strategi dan prosedur operasi standard (SOP) sedang diperincikan.

“Ia bagi menentukan keadaan di mana mereka yang sudah divaksin selamat untuk berinteraksi sesama sendiri dan dalam kelompok yang telah divaksin.

“Selain daripada itu, turut sedang diperhalusi ialah langkah-langkah kawalan dalam mengekang penularan Covid-19 di IPT,” jelasnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI