fbpx

Dinar Candy ditangkap polis kerana berbikini di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dinar memakai bikini berwarna merah, kaca mata dan pelitup muka sambil memegang papan tanda bertulis, “Saya tertekan disebabkan PPKM dilanjutkan.”- Suara.com

JAKARTA – Bekas penyanyi dangdut dan deejay dari Indonesia, Dinar Candy ditahan pihak berkuasa negara itu kerana memakai bikini sebagai tanda protes di tepi sebatang jalan di Jakarta selatan, kelmarin, lapor portal berita Coconut.co semalam.

Selebriti berusia 28 tahun itu melakukan protes tersebut dengan memakai bikini berwarna merah, kaca mata dan pelitup muka sambil memegang papan tanda bertulis, “Saya tertekan disebabkan PPKM dilanjutkan.”

Dia sebelum itu pernah mengugut untuk melakukan protes tersebut sekiranya pemerintah Indonesia membuat keputusan untuk melanjutkan perintah sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat di negara itu.

“Saya mahukan penjelasan sekiranya PPKM dilanjutkan sehingga 9 Ogos 2021. Jika ada lanjutan, saya akan susah kerana saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Saya rasa saya akan memakai bikini di tepi jalan,” kata Dinar dalam satu temu bual sebelum ini.

Wanita itu diberkas polis di rumah rakannya di Jakarta Selatan malam kelmarin dan disoal siasat.

Adik bongsunya yang juga merupakan pembantu peribadinya turut disoal siasat sebagai saksi selain dua telefon bimbit yang digunakan wanita itu untuk merakam dan memuat naik video aksinya berbikini turut dirampas sebagai bukti.

Seorang jurucakap Polis Metro Jakarta, Yusri Yunus berkata, Dinar berpotensi didakwa kerana melanggar beberapa artikel di bawah Undang-Undang Pornografi Indonesia serta Akta Transaksi Maklumat dan Elektronik yang boleh menyebabkannya berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI