fbpx

Bekas wartawan sambilan Utusan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Hashim.

KUALA KANGSAR – Bekas wartawan sambilan Utusan Malaysia dan Kosmo! Biro Perak, Mohamed Hashim Panjang Mamat, 81, meninggal dunia di sini hari ini selepas mengadu sesak nafas.

Mohamed Hashim yang bemula sebagai wakil Utusan Malaysia di Kuala Kangsar pada tahun 80 an menggunakan nama pena Hashim P. Mamat dalam penulisannya.

Menurut anaknya, Hamimi Hanim, 33, bapanya meninggal dunia pada pukul 9 pagi ini di Hospital Kuala Kangsar.

Katanya, bapanya yang menghidap sakit lelah dirawat di hospital sejak Isnin lalu selepas terjatuh di dalam bilik air pada malam Ahad lalu.

“Semasa dirawat di hospital, kesihatannya semakin baik malah saya sempat berbual dengannya semalam.

“Namun pada kira-kira pukul 6 pagi tadi, dia mengadu sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 9 pagi tadi,” katanya ketika ditemui di Kampung Sayong Lembah di sini hari ini.

Menurutnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sayong Lembah di sini.

“Masa pengebumian belum dapat dipastikan kerana setakat ini jenazah masih di hospital untuk ujian calitan Covid-19,” katanya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI