fbpx

Penangguhan pemilihan UMNO tak sah – ROS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Keputusan UMNO menangguhkan pemilihan Majlis Tertinggi (MT), Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan adalah tidak sah.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berkata, ketetapan ini adalah kerana tempoh pemegang jawatan MKT parti itu bagi penggal 2018-2021 telah tamat pada 30 Jun lalu.

“Berdasarkan minit mesyuarat MKT UMNO pada 7 Julai 2021 untuk menangguhkan Pemilihan MKT, Bahagian dan Cawangan UMNO selama 18 bulan, ROS berpandangan bahawa keputusan tersebut adalah tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

RoS berkata, pihaknya bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti dan pentadbiran pertubuhan berdaftar dilaksanakan sejajar dengan Perlembagaan Pertubuhan masing-masing yang tidak bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 atau undang-undang negara,” katanya. – K!  ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI