fbpx

Selepas 35 tahun, Fran cari semula baju kurung ‘Sekadar Di Pinggiran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRANCISSA PETER tertanya-tanya,siapakah yang pernah pakai baju kurung yang digayakan semasa AJL dahulu.

PETALING JAYA – Selepas 35 tahun, penyanyi popular era 1990-an, Francissca Peter mencari semula baju kurung yang digayakannya ketika memenangi Anugerah Juara Lagu 1 (AJL1).

Kata Francissca atau nama lengkapnya, Luciana Francissca Peter, 60, busana baju kurung itu berona pastel itu dibelinya pada harga RM150 di Plaza Sungei Wang namun telah didermakan kepada satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk tujuan amal.

“35 tahun lalu, ini telah dan masih lagi yang diperkatakan ramai iaitu busana kurung pastel ringkas, ikonik yang dipakai pada Anugerah Juara Lagu pertama.

“Tidak ramai tahu yang saya beli baju kurung ini dengan harga RM150 dari Plaza Sungei Wang. Pada waktu itu, mahal buat saya! Beberapa tahun kemudian, saya telah mendermakan baju kurung itu kepada satu NGO untuk mengumpul dana amal,” ujarnya dalam Instagram.

Ujarnya Francissca, dia ingin mengetahui kisah orang yang membeli baju kurung itu dan apa yang terjadi kepada baju yang dipakainya ketika memenangi AJL pertama itu.

“Saya tidak tahu siapa yang membelinya tetapi jika anda dari NGO itu atau mengenali orang yang membeli baju kurung saya, kongsikan maklumat kepada saya kerana saya benar-benar ingin mengetahui kisah mereka dan apa yang berlaku kepadanya,” tulisnya menerusi Instagram.

Untuk rekod, Francissca merupakan juara edisi sulung acara ulung negara itu menerusi lagu malar segar, Sekadar di Pinggiran.

Lagu berentak balada itu merupakan gubahan komposer, Manan Ngah dan lirik ditulis Lukhman S. (Lukhman Abdul Kadir) yang dipetik daripada diskografi solo ketiganya, Sekadar di Pinggiran (1986). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI