fbpx

China, Korea Selatan berbalah isu kimchi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kimchi merupakan juadah kobis pedas yang berasal dari Korea. - EPA-EFE

SEOUL – Satu petisyen di Korea Selatan mengundang  perhatian terhadap keputusan kerajaan yang mahu menukar sebutan Cina untuk kimchi iaitu juadah kobis pedas berasal dari Korea Selatan, lapor agensi berita UPI semalam.

Isu tersebut menimbulkan perbalahan antara kedua-dua negara sejak tahun lalu.

Stesen televisyen Korea Economic Daily melaporkan pakar bahasa dan sastera Cina di Universiti Nasional Jeonbuk, Profesor Kim Byung-ki sebagai berkata, beliau membantah usaha kerajaan untuk menamakan semula kimchi menjadi shinchi atau xinqi dalam sebutan Cina.

Profesor itu menyuarakan bantahan  dalam petisyen tersebut yang dimuat naik di laman web Istana Presiden, Blue House pada Isnin lalu.

Byung-ki berkata, perubahan nama itu yang diusulkan oleh Kementerian Kebudayaan Seoul harus ditarik balik.

Setakat semalam, petisyen itu telah mengumpulkan lebih 8,800 tandatangan.

Menurut petisyen tersebut, menukar nama juadah kebangsaan Korea itu ‘boleh menyebabkan salah faham’ terutama dalam kalangan warga China yang sudah biasa menggelar juadah itu menggunakan nama asalnya.

Kontroversi melibatkan kimchi antara dua negara itu bermula tahun lalu apabila akhbar  China, Global Times mendakwa bahawa Organisasi Standard Antarabangsa  mengaku bahawa kimchi sebenarnya berasal dari China.

Perubahan nama itu dicadangkan sebagai menepis dakwaan tersebut.

Byung-ki juga berkata, di China, kimchi Korea digelar sebagai ‘paocai’ dan ia merupakan juadah kobis dari China dengan kaedah penyediaan yang berbeza.

“Tiada sebab untuk tiba-tiba menggunakan perkataan ‘shinchi’,” katanya dalam petisyen itu. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI