fbpx

Pembukaan sektor ekonomi menyumbang pertambahan kes positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Peningkatan kes positif yang berlaku di seluruh negara ketika ini adalah kesan daripada penularan jangkitan yang berlaku dalam tempoh sebulan yang lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Chong Chee Kheong berkata, kenaikan kes itu berpunca daripada pembukaan lebih banyak sektor ekonomi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dan majlis sosial seperti sambutan hari perayaan.

Beliau berkata, data turut menunjukkan bahawa jangkitan kes dikesan lebih mudah merebak dan lebih agresif disebabkan varian baharu termasuk varian Delta.

“Keadaan itu kemudian menyumbang kepada peningkatan kes yang dikesan di seluruh negara termasuk di Lembah Klang,” katanya pada sidang akhbar khas KKM di sini, hari ini.

Justeru, katanya, KKM telah menambah kapasiti katil serta peralatan perubatan termasuk bekalan oksigen serta hospital medan dalam memastikan setiap pesakit dapat dirawat.

Chee Kheong berkata, tumpuan kementerian kini adalah merawat pesakit pada kategori empat dan lima.

Menurutnya, beliau mahu individu yang mengalami simptom supaya segera menjalani ujian saringan Covid-19.

“Mereka perlu hadir segera ke pusat kesihatan bagi mendapatkan rawatan segera dan jangan takut menjalani ujian saringan Covid-19 jika ada simptom,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI