fbpx

10 keluarga di Rompin terima sumbangan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah bersama penduduk Kampung Gading, Rompin yang diberikan bantuan semalam.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli berangkat mengurniakan sumbangan kepada 10 keluarga yang memerlukan bantuan di Kampung Gading, Rompin, Pahang semalam.

Istana Negara menerusi laman Facebook berkata, turut berangkat ialah Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

“Dalam lawatan selama dua pukul bermula 3.30 petang semalam, Seri Paduka Baginda telah berkenan mengurniakan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada 10 keluarga tersebut yang terdiri daripada golongan asnaf, warga emas serta ibu tunggal.

“Selain mengurniakan sumbangan, Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa di setiap rumah dan menyantuni ahli-ahli keluarga tersebut yang mana mencerminkan keperibadian tinggi Baginda terhadap golongan memerlukan,” katanya hari ini.

Tambahnya, sumbangan Seri Paduka Baginda tersebut diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya dalam menghadapi tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 yang dilaksanakan kerajaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI