fbpx

Negeri dengan kes positif tinggi dalam pemerhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kanan) meninjau barang sumbangan yang bakal diagihkan kepada penduduk, hari ini.

MUAR – Kerajaan akan memperhalusi dengan lebih mendalam berhubung isu dan masalah yang mungkin timbul di kawasan-kawasan berisiko tinggi sehingga mencatatkan kes harian Covid-19 membimbangkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kebangsaan, Isnin ini bagi mengenal pasti masalah serta kaedah penyelesaian yang boleh dicapai.

Menurut beliau, selaku pengerusi mesyuarat MKN, perbincangan itu akan menjurus kepada isu di kawasan-kawasan terkesan seperti Lembah Klang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

“Ia juga termasuk negeri-negeri lain yang datanya menunjukkan ada peningkatan, jadi kita teliti dan perhalusi kenapa perkara itu berlaku.

“Apakah langkah-langkah yang sedang diambil ini sudah tidak cukup berkesan, perlukah kita tingkatkan proses membuat ‘testing’ dan contact tracing dengan lebih banyak?.

“Disamping itu apakah isu-isu atau masalah dalaman yang mungkin dihadapi dalam Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas program Penyampaian Sumbangan Makanan Basah Kepada Penghulu-penghulu Mukim di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Raya, Bukit Pasir, di sini, sebentar tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, bagi memastikan pandemik di negara ini terkawal, pihaknya turut menyerahkan kuasa kepada KKM dalam memutuskan langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil termasuklah perkara melibatkan perbelanjaan.

“Saya sudah bagi satu kuasa penuh kepada KKM khususnya jawatankuasa yang terlibat untuk buat apa yang perlu dalam hal tertentu, mereka tak perlu rujuk pada saya dan mereka boleh laksanakan sendiri,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI