fbpx

Che Ta pegang durian macam pegang emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI selamba Che Ta membuka buah durian yang menjadi perhatian peminat.

PETALING JAYA – Apa sahaja yang dilakukan oleh pelakon cantik, Rozita Che Wan pasti akan mendapat perhatian netizen untuk diperkatakan.

Terbaharu, aksi pelakon yang terkenal dengan gelaran Che Ta itu mengopek buah durian dengan bersahaja membuatkan pengikutnya dalam Instagram teruja.

Berdasarkan video yang dimuat naik Che Ta dalam Instagramnya, dia berseloroh dengan memberitahu bahawa dirinya paling ‘jantan’ untuk mengopek buah durian berbanding kaum lelaki (suami dan anak lelakinya) yang ada di rumah.

“Siapa hantu durian macam saya? Pantang nampak terus nak rasa (makan). Hampa (kamu) jangan ingat saya tak tahu kopek buah durian tau.

“Dekat rumah, saya paling ‘jantan’ daripada jantan-jantan yang ada,” tulisnya.

Perkongsian video berdurasi selama 21 saat itu turut menunjukkan Che Ta mengopek durian dengan bersahaja menggunakan pisau tanpa pelapik atau kain untuk mengalas tangannya.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya dalam Instagram meluahkan rasa kagum dan terhibur melihat aksi pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu mengopek dan memakan buah durian kampung itu memandangkan Che Ta sering tampil dengan imej elegan dan ayu.

“Dia pegang durian macam pegang emas. Buat biasa sahaja macam profesional,” kata salah seorang pengikutnya.

“Che Ta buka durian macam kupas buah kelapa sahaja,” ujar seorang lagi pengguna Instagram.

“Serba boleh. Pandai menjahit, pandai memasak, pandai bergaya dan pandai kopek buah durian,” kata seorang peminatnya.

Sehingga kini, video yang memperlihatkan aksi Che Ta mengopek buah durian itu telah ditonton sebanyak hampir 500,000 pengguna Instagram. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI