fbpx

Raikan hari kucing dengan tawaran hadiah RM26,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mars Petcare mempelawa pemilik ku­cing untuk menyertai pelbagai program menarik sebagai meraikan sambutan Hari Kucing Sedunia pada bulan Ogos ini.

Antara yang program yang dijalankan adalah Kempen Kediaman Mesra Bagi Setiap Kucing yang akan berlangsung di seluruh negara bertujuan untuk memberi peluang kepada pemilik haiwan berkenaan berkongsi kisah menyentuh hati masyarakat mengenai binatang.

Pengarah Negara Mars Petcare Nutrition Malaysia, Wee Li Ying berkata, program ini akan menggalakkan orang ramai berkongsi keseronokan menjadikan kucing sebagai ahli keluarga mereka dan diharapkan kisah tersebut dapat meng­inspirasikan orang lain untuk me­lakukan perkara yang sama.

“Di Mars Petcare kami percaya kepada falsafah A Better World For Pets dan percaya bahawa setiap haiwan peliharaan ini berhak hidup di dalam dunia yang lebih baik.

“Kepercayaan ini juga sangat bertepatan terutamanya bagi haiwan yang masih belum mempunyai rumah kekal,” katanya dalam kenyataan.

Li Ying menerangkan, sepanjang bulan ini, pelanggan yang membeli produk Whiskas, Temptations, IAMS Cat atau Sheba berpeluang untuk berkongsi kisah mereka di halaman Facebook WHISKAS Malaysia.

Bagi setiap kisah kucing yang dikongsikan di platform berkenaan, satu beg makanan kering WHISKAS akan didermakan untuk memberi makan kepada kucing di pusat perlin­dungan.

Selain itu, beliau menerangkan, syarikat juga menawarkan hadiah bernilai RM26,000 kepada peminat kucing yang berkongsi gambar si manja yang sihat dan riang bersama keterangan gambar menyentuh hati.

“Untuk setiap penyertaan, Mars Petcare akan mendermakan satu beg WHISKAS kepada Persatuan Kebajikan Haiwan PAWS yang menjaga lebih 400 haiwan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI