fbpx

Jualan Honda terjejas teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Total lockdown menyebabkan jualan Honda bagi bulan Mei hingga Julai menyusut sebanyak 52 peratus.

Honda Malaysia menggesa kerajaan untuk membuka semula sektor automotif di bawah pematuhan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat agar tidak memberi kesan jangka panjang kepada pemain dalam sektor berkenaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, usaha ini penting untuk mengelakkan penutupan perniagaan dalam rangkaian kumpulan dan juga seterusnya pemberhentian kakitangan.

Menurut beliau, operasi perniagaan termasuk kilang syarikat di Pegoh, Melaka, pejabat jualan dan juga pusat pameran yang dikendalikan oleh pengedarnya telah ditutup sejak bulan Jun lalu bagi mematuhi pelaksanaan penutupan penuh ekonomi bagi mengekal pandemik Covid-19.

“Oleh kerana operasi per­khidmatan selepas jualan dan perkilangan yang dihadkan, pas­tinya jualan syarikat akan terjejas.

“Jualan kenderaan Honda Malaysia mencatat penurunan sebanyak 52 peratus tahun ke tahun pada bulan Mei hingga Julai lalu.

“Kami juga hanya menjual 5,700 unit dalam tempoh ber­kenaan berbanding 12,000 unit kenderaan dijual dalam tempoh sama sebelumnya yang mana ketika itu, Perintah Kawalan Perge­rakan dikuatkuasakan,” katanya dalam kenyataan.

Chujo menerangkan, pelaksanaan total lockdown juga telah memberi kesan kepada operasi pengeluaran model terbaharu ekoran tiada ujian boleh dilaksanakan di fasiliti perkilangan.

Selain itu, rangkaian pembekalan dan eksport alat ganti juga turut terjejas yang mana sekiranya penutupan penuh ekonomi diteruskan lagi, maka lebih ramai pembekal tidak dapat bertahan sehingga boleh menjejaskan ke­seluruhan rangkaian pembekalan.

“Seramai 101 pengedar Honda turut berdepan dengan bebanan kewangan dan kemungkinan pemberhentian penasihat jualan dan perkhidmatan serta kakitangannya yang lain.

Pendapatan penasihat jualan bergantung yang kepada komi­sen juga terjejas teruk,” ujarnya.

Sebagai menyokong usaha kerajaan terhadap program vaksinasi, syarikat mengunjurkan untuk mencapai sasaran 100 peratus dos pertama untuk semua kakitangannya menjelang pertengahan bulan Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI