fbpx

Kejayaan di Georgia pacu semangat Korda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KORDA optimis untuk memberikan aksi yang terbaik di pentas Olimpik kali ini biarpun masih kurang berpengalaman. – AFP

TOKYO – Pemain No. 1 dunia, Nelly Korda enggan menjadikan faktor kekurangan pengalaman sebagai alasan sebaliknya optimis dapat mempamerkan aksi terbaik pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo kali ini dengan menggenggam pingat emas saingan wanita.

Sebagai rekod, Nelly yang mewakili kontinjen Amerika Syarikat (AS) telah mencipta sensasi tersendiri apabila menjuarai trofi bertaraf major buat pertama kali dalam kariernya selepas mendominasi Kejuaraan PGA Wanita di Georgia pada Jun lepas.

Kata Nelly, perasaan­nya cukup teruja dapat menyertai temasya sukan terbesar buat pertama kali ter­utama apabila bakal bersaing dengan kakak kan­dungnya, Jessica Korda dalam usaha menyumbangkan pingat buat AS.

“Saya sangat gembira apabila dapat menyertai temasya Sukan Olimpik yang sememangnya menjadi idaman oleh mana-mana atlet profesional seluruh dunia. Malah, membawa lencana AS di dada turut memberi pengalaman yang berbeza.

“Apa yang pasti, saya dan Jessica akan menikmati sepenuhnya masa kami di sini dan berharap dapat beraksi tanpa sebarang tekanan kerana bersedia sepenuhnya daripada aspek mental dan fizikal meski­pun ini adalah kali pertama kami bersaing di Olimpik.

“Namun, cuaca panas Kelab Golf Kasumigaseki memberikan sedikit cabaran,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Sebagai rekod, Nelly sememangnya memiliki ‘darah’ sukan kerana ibu bapanya, Petr Korda dan Regina Rajchrtova merupakan bekas atlet tenis profesional dengan Rajchrtova bersaing pada temasya Sukan Olimpik 1988 di Seoul, manakala Korda juara Grand Slam Terbuka Australia edisi 1998. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI