fbpx

Penantian emas De Grasse berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GRASSE meraih pingat emas dalam acara 200m yang berlangsung kelmarin dan sebelum itu meraih gangsa dalam acara 100m. – AFP

TOKYO – Atlet pecut sensasi Kanada, Andre De Grasse me­ngakui masih tidak percaya apabila penantiannya untuk meraih pingat emas temasya Sukan Olimpik menjadi kenyataan selepas mendominasi acara 200 meter (m) pada saingan di Stadium Olim­pik, Tokyo kelmarin.

Sebagai rekod, De Grasse sebelum ini telah memenangi empat pingat pada Kejohanan Olahraga Dunia dan dua pingat temasya Sukan Olimpik tetapi masih belum bertuah untuk menjuarai pada acara yang disertainya apabila sekadar meraih pingat perak atau gangsa.

Namun, segalanya berubah apabila larian pantas yang dilakukan oleh atlet berusia 28 tahun itu dengan catatan masa sebanyak 19.62 saat (s) menewaskan dua pencabar Amerika Syarikat (AS), Kenny Bednarek (19.68s) dan Noah Lyles (19.74s).

Kata De Grasse, kejayaan me­raih kilauan pingat emas buat pertama kali itu didedikasikan khas buat keluarga, barisan jurulatih dan sahabat terdekat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan untuknya menjadi salah seorang atlet olahraga terbaik dunia.

“Saya tidak tahu apa perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya selepas berjaya meraih pingat emas tetapi ini adalah untuk mereka semua iaitu keluarga, barisan jurulatih, dan atlet senior yang sering membantu saya meningkatkan prestasi.

“Secara jujur, saya sememang­nya meletakkan harapan tinggi untuk menamatkan penantian pingat emas pada temasya kali ini kerana saya tidak tahu bila lagi saya akan berpeluang untuk bersaing memandangkan sekarang saya berada di puncak karier,” katanya.

Pada temasya edisi 2016 di Rio, De Grasse telah mencipta kejutan untuk meraih pingat perak untuk acara 200m selepas ketinggalan kepada legenda pecut dari Jamaica, Usain Bolt yang menduduki tempat pertama. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI