fbpx

Silva ‘dikorban’ demi Grealish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SILVA menjadi buruan Atletico sekiranya City mahu melepaskan khidmatnya ekoran kehadiran Grealish. – AFP

MANCHESTER – Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City akhirnya berjaya melunaskan impian mereka untuk membawa masuk pemain tengah sensasi, Aston Villa, Jack Grea­lish menerusi yuran perpindahan bernilai £100 juta (RM588.2 juta).

Pemain antarabangsa England itu dilaporkan bakal menandatangani kontrak selama lima tahun di Etihad dan menerima pendapatan £230,000 (RM1.3 juta) seminggu selepas urusan mengenai ujian perubatan selesai.

Bagaimanapun, kehadiran Grealish bersama skuad kendalian Pep Guardiola itu akan menyaksikan kesan domino berlaku dalam pasukan berkenaan apabila beberapa pemain City mungkin terpaksa meninggalkan kelab itu.

Antara yang disebut perlu segera meninggalkan Etihad kerana bakal dijadikan pilihan kedua selepas keha­diran Grealish adalah Bernardo Silva yang kini turut dikaitkan dengan beberapa kelab terutama dari Sepa­nyol.

Biarpun berjaya mempamerkan aksi terbaik sejak menyertai City dari AS Monaco sebelum ini, namun Guardiola mungkin terpaksa mengorbankan Silva dengan kehadiran Grealish terutama ketika kedua-dua mereka beraksi pada posisi yang sama iaitu sama ada di bahagian te­ngah atau sayap kiri.

Barcelona dan Atletico Mad­rid dilaporkan sedang memantau secara dekat perkembangan berkenaan apabila peluang mereka untuk mendapatkan playmaker berusia 26 tahun itu akan menjadi lebih cerah.

Pengendali Atletico, Diego Simeone dikatakan sangat berminat untuk mendapatkan Silva terutama ketika kelab itu juga berdepan kemungkinan kehilangan pemain tengah­nya, Saul Niguez.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI