fbpx

Lebih 1,000 pesakit Covid-19 ke hospital setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ICU yang sesak dan penuh dengan pesakit Covid-19- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Bilangan kemasukan pesakit baharu ke hospital di Lembah Klang meningkat lebih 33 peratus berbanding tempoh dua minggu lepas malah, lebih 1,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selaras dengan peningkatan kes di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital di Lembah Klang semakin meningkat buat masa ini.

Beliau berkata, terdapat 6,427 pesakit berada dalam hospital, 2,685 pesakit pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 659 pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurutnya, dashboard Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Hospital System juga menunjukkan bilangan pesakit yang menunggu bagi mendapatkan rawatan di luar Jabatan Kecemasan dan Trauma adalah tinggi.

Justeru, katanya, beberapa langkah telah dilakukan di bawah seliaan Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley termasuk mewujudkan katil tambahan termasuk hospital medan di luar kawasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang serta mewujudkan katil-katil tambahan di hospital seperti Hospital Selayang dan Hospital Serdang.

“PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) juga dipertingkatkan kapasitinya bagi memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan rawatan oksigen.

“Hospital yang telah berfungsi sebagai hospital Covid-19 sepenuhnya adalah Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang, Hospital Ampang, Hospital Serdang dan Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI