fbpx

SMART SBB tingkat pendapatan pesawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) membolehkan pesawah menikmati peningkatan hasil padi per metrik tan sehingga 191 peratus setahun.

Ia bermakna nilai pendapatan tahunan pesawah turut meningkat sehingga 47 peratus menerusi peningkatan purata hasil per hektar nasional daripada purata hasil semasa sebanyak 3.5 kepada 7.0 metrik tan.

Malah hampir kesemua risiko dan kos penanaman padi yang sebelum ini ditanggung pesawah dapat dikurangkan sekali gus meningkatkan margin pendapatan pesawah.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam satu kenyataan berkata, SMART SBB juga membolehkan pelaksanaan konsep pertanian moden seperti. sistem profil tanah, pertanian pintar, kaedah teknologi baharu atau Internet of Things (IoT) selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) untuk meningkatkan hasil per hektar.

“Masalah pemutuan sebanyak dua kali di kawasan yang mempunyai pusat belian padi dan menyebabkan kadar pemutuan yang tinggi juga dapat dielakkan melalui insiatif SMART SBB,” kata kenyataan itu hari ini.

Kata MAFI, pelaksanaan SMART SBB akan turut menghapuskan atau mengurangkan peranan orang tengah yang mengaut keuntungan atas angin dengan mengenakan caj perkhidmatan tinggi kepada pesawah.

Menurut kenyataan itu, MAFI melalui jabatan dan agensi dibawahnya sentiasa menjalankan pemantuan berterusan di lapangan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan para pesawah.

Justeru, kata kenyataan itu, MAFI berharap tiada pihak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan pesawah mengenai SMART SBB Dalam usaha memantapkan industri padi beras.

“MAFI merujuk kepada kenyataan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) dan Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) pada 3 Ogos 2021 bertajuk “Projek Estet Smart SBB: Pesawah disaran berfikir panjang dan tolak”

“SMART SBB dan projek rintis ternakan udang galah dalam kawasan sawah padi di kawasan Felcra Seberang Perak merupakan dua inisiatif yang berbeza,” kata kenyataan itu.

Tambah MAFI, projek ternakan udang galah dalam kawasan sawah padi seluas 1.08 hektar di kawasan Felcra Seberang Perak adalah projek rintis melalui kerjasama Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak dengan sebuah syarikat swasta.

Jelas kenyataan itu, insiaitif tersebut bukan sebahagian program SMART SBB maka tidak timbul isu kerajaan mengubah strategi pelaksanaan SMART SBB dengan penternakan udang seperti yang didakwa.

“MAFI sentiasa bersedia mengadakan sesi libat urus dengan semua khususnya pesawah dan pemain industri serta mengalu-alukan pandangan semua pihak berkepentingan,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI