fbpx

Kes bergejala serius indikator baharu peralihan PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

PUTRAJAYA – Bilangan kes bergejala serius akan dijadikan indikator baharu dalam peralihan sesebuah negeri ke Fasa 3 dan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) menggantikan bilangan kes baharu Covid-19.

Menteri Penyelaras PPN, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dua indikator lain iaitu kadar vaksinasi serta kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) masih dikekalkan seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Indikator bilangan kes baharu Covid-19 akan digantikan dengan bilangan kes serius baharu menggunakan proksi kes kemasukan hospital baharu untuk Covid-19 yang disesuaikan untuk kategori 3, 4 dan 5,” katanya menerusi Laporan LAKSANA ke-64 yang dikeluarkan hari ini.

Berdasarkan penilaian Kementerian Kesihatan, nilai ambang untuk peralihan Fasa 2 ke 3 adalah kadar kemasukan hospital sebanyak 3 kes per 100,000 penduduk atau bersamaan dengan 1,000 kes kemasukan harian seluruh negara.

Bagi peralihan Fasa 3 ke 4, nilai ambangnya pula kemasukan 1.3 kes per 100,000 penduduk atau bersamaan dengan 400 kes kemasukan harian seluruh negara. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI