fbpx

Azizulhasni, Shah Firdaus terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH FIRDAUS dan Sam Webster dari New Zealand tewas kepada pelumba Perancis, Sebastien Vigier di peringkat 1/8 repechages. - TWITTER KBS

DUA pelumba berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir acara pecut pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Azizulhasni dan Yuta Wakimoto dari Jepun tewas kepada pelumba sensasi Great Britain, Jason Kenny pada pusingan 1/8 repechages di Velodrom Izu sebentar tadi.

Kemenangan Jason membolehkan dia menempah pertemuan menentang pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland di peringkat suku akhir hari ini.

Situasi sama berlaku kepada Shah Firdaus apabila dia dan Sam Webster dari New Zealand tewas kepada pelumba Perancis, Sebastien Vigier di peringkat 1/8 repechages.

Ia bermakna kini Azizulhasni dan Shah Firdaus boleh menumpukan fokus sepenuhnya kepada acara tumpuan mereka berdua iaitu keirin yang akan bermula Sabtu ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI