fbpx

Panda jantan gergasi tertua sambut ulang tahun kelahiran ke-35

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
An An sedang menikmati kek hari lahir dan makanan kegemarannya ketika menyambut ulang tahun kelahirannya ke-35. - Taman Laut Hong Kong

HONG KONG – Seekor panda yang hidup di sebuah taman tema di Hong Kong menyambut ulang tahun kelahiran ke-35 sekali gus menjadikannya panda jantan gergasi tertua hidup dalam jagaan manusia, lapor saluran berita CNN semalam.

Panda bernama An An tinggal di Taman Laut Hong Kong dan berumur 105 tahun sekiranya dihitung menggunakan jangka hayat panda.

Bagi meraikan ulang tahun An An, pengurusan taman tema tersebut menyediakan sebuah kek Haagen-Dazs bagi menyejukkan badan An An ketika cuaca panas melanda Hong Kong pada  masa ini.

Selain itu, An An turut diberikan makanan kegemarannya iaitu rebung dan buah-buahan.

Dilahirkan di sebuah hutan di Sichuan, China, An An merupakan sebahagian daripada panda yang dihadiahkan oleh Beijing kepada Hong Kong pada tahun 1999.

Pasangannya, Jia Jia mati pada tahun 2016 pada usia 38 tahun yang mana ketika itu, ia merupakan panda gergasi tertua di dunia. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN