fbpx

Pandelela huni kedudukan terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDELELA gagal melakukan aksi terbaik pada terjunan awal sekali gus memberi kesan kepada keseluruhan markah yang dikumpul. - AFP

HASRAT penerjun negara, Pandelela Rinong untuk menaiki podium pada final 10 meter (m) platform individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian.

Sebaliknya, Pandelela, 28, terpaksa akur menamatkan saingan pada tempat terakhir daripada 12 peserta dengan 245.85 markah keseluruhan selepas lima terjunan di Pusat Akuatik Tokyo sebentar tadi.

Faktor utama yang dilihat menjejaskan peluang pemenang pingat perak edisi Rio 2016 dalam acara 10m platform seirama itu disebabkan kegagalan pada terjunan pertama yang menyaksikan dia cuma meraih 18 mata.

Situasi tersebut ternyata menyukarkan Pandelela yang terpaksa mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki kedudukannya dalam baki lima terjunan selepas itu.

Pingat emas acara itu dimenangi Quan Hongchan dari China yang berjaya melakukan ‘perfect 10’ sebanyak tiga kali daripada lima terjunannya untuk meraih 466.20 markah keseluruhan.

Pingat perak menjadi milik seorang lagi penerjun China, Chen Yuxi dengan markah 425.40, manakala tempat ketiga dimenangi Melissa Wu dari Australia yang meraih 371.40 mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI