fbpx

Kes melonjak lagi lepasi 20,000 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Kes harian negara terus melonjak dan kali ini melepasi angka 20,000 dengan 20,596 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 1,203,706 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 8,549 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (2,163 kes), Kedah (1,446 kes), Johor (1,300 kes), Sabah (1,062 kes) dan Pulau Pinang (1,022 kes).

“Negeri Sembilan (989 kes), Perak (916 kes), Kelantan (772 kes), Sarawak (759 kes), Melaka (622 kes), Terengganu (501 kes) dan Pahang (426 kes).

“Selebihnya, Putrajaya (50 kes), Labuan (15 kes) dan Perlis (empat kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI