fbpx

Nourul Depp mula sayu, bakal rindui pemandangan KL Tower

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nourul mengakui mula rasa sayu dan sedih apabila bakal berhijrah ke Bali, Indonesia tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Hati penyanyi Nourul Depp mula diselimuti rasa sayu apabila bakal meninggalkan Malaysia untuk berhijrah ke Bali, Indonesia tidak lama lagi.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelantun lagu Kerana Terluka itu berkongsi pemandangan harian dari unit kondominium miliknya yang menghadap pemandangan Menara Kuala Lumpur (KL Tower).

Dalam perkongsian tersebut, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, meluahkan rasa sedih apabila tidak lagi dapat menikmati pemandangan KL Tower yang dilihatnya setiap hari dari kediamannya.

“Saya akan merindui pemandangan ini (KL Tower). Sedih pula nak tinggalkan unit ini (rumahnya).

“Ini belum lagi pindah negara (Bali). Insha-Allah minggu depan,” tulisnya.

Pada masa sama, Nourul turut meluahkan rasa sayang dan cintanya kepada tanah air dan berharap dapat berbakti pada negara.

“Sayang Kuala Lumpur, sayang Malaysia. Saya harap dapat berbakti kepada negara. Semoga anda semua dirahmati Allah SWT,” katanya.

Mengintai dalam ruangan komen, hantaran penyanyi itu turut mendapat respons daripada rakan artis antaranya penyanyi, Ning Baizura.

” Salam sayang. Semoga perjalanannya selamat. Sayang awak. Nanti kalau ada berkesempatan, saya akan melawat awak walaupun tidak tahu waktunya,” tulis Ning Baizura.

Terdahulu, Nourul mendedahkan bahawa dia bakal berhijrah ke Bali untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama keluarganya.

penghijrahan tersebut awalnya dirancang pada tahun lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan negara, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan seketika.

“Penghijrahan ini untuk pendidikan dan masa depan anak-anak.

“Kami berhasrat untuk masukkan mereka ke sebuah sekolah di sana yang sangat bagus dan berkonsepkan kemahiran,” katanya.

Katanya lagi, memang impian suaminya untuk berhijrah ke Bali kerana sebelum ini dia pernah menetap selama dua tahun di sana.

Nourul dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.

Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI