fbpx

Isu monopoli vaksin dibincang dalam forum vaksin global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyertai mesyuarat pertama Forum Kerjasama Antarabangsa Vaksin secara maya malam ini dengan membawa isu monopoli vaksin dan menekankan kepentingan pengagihan secara saksama.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, program julung kali yang dianjurkan Kementerian Luar China itu dipengerusikan Menteri Luar China, Wang Yi dengan perbincangan tertumpu kepada usaha peningkatan kapasiti pengeluaran dan kerjasama teknologi vaksin.

Katanya, usaha bersepadu itu diharap bakal memudahkan perolehan vaksin pada harga berpatutan oleh negara-negara membangun bagi memerangi pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

“Fokus ucapan Hishammuddin dalam mesyuarat tersebut turut menyentuh mengenai keperluan segera bagi semua negara mendapat akses bagi perolehan vaksin kerana ia adalah kaedah terbaik mengekang wabak Covid-19.

“Satu kenyataan bersama akan dikeluarkan sebagai hasil mesyuarat bagi mempamerkan kesatuan dan komitmen teguh negara-negara peserta melalui kerjasama sejagat,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI