fbpx

Anggota Rela didakwa cuba membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chow Lee dihadapkan atas tuduhan cuba membunuh Beng Hock di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang didakwa tuduhan membunuh Ketua MCA Bahagian Marang dihadapkan atas satu lagi pertuduhan cubaan menbunuh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Ong Chow Lee, 57, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Begitupun, pengakuan tersebut tidak direkodkan memandangkan Chow Lee dihadapkan kes membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa cuba membunuh Teo Beng Hock, 45, di sebuah bangsal di belakang sebuah tokong di Taman Jaya, Wakaf Tapai di sini pada pukul 1.55 tengah hari, 23 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kosmo! semalam melaporkan Chow Lee dihadapkan atas tuduhan membunuh Ketua MCA Bahagian Marang, Fong Swee Fuan di Mahkamah Majistret Marang.

Tertuduh didakwa menembak Swee Fuan dan Beng Hock yang merupakan anak saudara Ketua MCA Bahagian Marang tersebut dengan selaras senapang patah milik Rela. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI