fbpx

Syed Saddiq hadapi dua pertuduhan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq (kiri) dan Gobind Singh tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini.

Syed Saddiq, 28, dijangkakan berdepan dua pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi bersama peguamnya, Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong serta ahli keluarga termasuk ibunya.

Difahamkan pertuduhan itu mempunyai kaitan berhubung pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 22 Julai lalu.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengedarkan jemputan liputan media yang memaklumkan seorang Ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.

Dalam pada itu, Kosmo! pada 22 Julai lalu melaporkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah Kuala Lumpur atas dua pertuduhan.

Pertuduhan pertama, membabitkan penyelewengan dana politik kira-kira RM1 juta, manakala pertuduhan kedua membabitkan kesalahan menyalahgunakan wang sumbangan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 sebanyak RM120,000.

Bagaimanapun, beliau itu tidak mengaku bersalah ke atas kedua-dua dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI