fbpx

Kadar vaksinasi Johor masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim menzahir rasa kecewa apabila kadar vaksinasi ke atas rakyat di negeri Johor masih rendah. - Foto IHSAN ROYAL PRESS OFFICE

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menzahirkan kekecewaan atas kadar vaksinasi di negeri Johor yang masih rendah.

Titah baginda, statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan seramai 1,184,151 individu menerima vaksin dos pertama sehingga Isnin lalu.

“Saya sebagai Sultan Johor bertanggungjawab dan diamanahkan untuk menjaga rakyat saya. Nyawa tidak boleh dijual beli. Saya selalu fikirkan penderitaan rakyat saya, terutamanya mereka yang jatuh sakit dengan Covid-19 dan yang telah meninggal dunia.

“Keadaan penularan yang sememangnya membimbangkan kini menjadi lebih parah dengan merebaknya kes-kes varian Delta.

“Strateginya amat jelas iaitu kita mesti menvaksinkan seramai mungkin populasi negeri kita dengan kadar secepat yang mungkin,” titah baginda di Facebook rasminya hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sudah lama berbincang dengan pihak tertentu dan meminta vaksin yang lebih banyak untuk rakyat Johor,.

Baginda amat mengharapkan imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin di negeri ini malah di seluruh negara supaya kesannya kepada kehidupan seharian semua lapisan rakyat dapat pulih.

“Amat mengecewakan apabila kami seolah-olah perlu merayu untuk mempertingkatkan kadar vaksinasi untuk keselamatan rakyat kita sendiri,” titah baginda. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI