PETALING JAYA – Wang berjumlah RM7,000 milik seorang pengguna media sosial Instagram, @hairilashraff yang dipindahkan secara tidak sengaja ke akaun bank seorang lelaki telah dipulangkan semula kepada pemiliknya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pengguna Instagram tersebut yang memberitahu wang miliknya itu telahpun dipulangkan semula oleh pemilik akaun bank berkenaan yang dikenali sebagai Mohamad Farouq.
“Terima kasih banyak-banyak. Dengan ‘share’ semua ini dapat seorang hamba Allah membantu saya. Dah dapat dah pun tadi (duit tersebut). Bersyukur sangat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! tadi.
Dalam pada itu, Hairil berkata, dia juga amat berterima kasih dengan seorang kakitangan sebuah bank yang banyak membantu.
Berita berkaitan: ‘Syukur dapat balik RM7,000
“Pemilik akaun itu juga bagi kerjasama sangat-sangat. Bersyukur sangat, terima kasih juga kepada Kosmo! bantu tularkan,” ujarnya.
Kosmo! kelmarin melaporkan gara-gara tersilap satu angka ketika memasukkan nombor akaun bank, seorang lelaki mengalami kerugian RM7,000.
Lelaki tersebut yang menggunakan akaun Instagram @hairilashraf merayu orang ramai supaya menularkan kejadian itu dan berharap wangnya dikembalikan.
Difahamkan, seorang individu bernama Mohamad Faroq menerima wang tersebut akibat kesilapan pemiliknya ketika melakukan pemindahan wang. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929