fbpx

Coxsey sedia penuhi harapan kontinjen GB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COXSEY memikul harapan besar kontinjen GB untuk meraih emas dalam acara memanjat di Tokyo kali ini. - AGENSI

TOKYO – Atlet memanjat sensasi Great Britain (GB), Shauna Coxsey mengakui tidak tertekan apabila menjadi sandaran utama kontinjen negaranya dalam usaha memburu pingat emas acara tersebut yang dipertandingkan buat pertama kali pada temasya Sukan Olimpik 2020 kali ini.

Kata Coxsey, perjalanan kariernya tidak semudah yang disangka terutama apabila sukan memanjat dinding tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya sebelum diumum dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik kali ini.

“Secara jujur, banyak pe­ngorbanan yang telah saya buat untuk serius dalam acara ini dan saya sangat bersyukur apabila mendapat sokongan penuh daripada keluarga, suami dan rakan-rakan.

“Apa yang pasti, saya tidak akan berada di sini tanpa sokongan ayah saya yang juga merupakan pengkritik utama serta jurulatih saya sejak kecil. Saya agak kecewa dia tidak dapat hadir ke Tokyo tetapi saya harap dapat meraih kilauan pi­ngat untuk didedikasikan kepadanya,” katanya.

Mengulas lanjut, atlet berusia 28 tahun itu berharap acara sukan ekstrem itu akan lebih diterima ramai khususnya penyertaan wanita selepas ini.

“Saya bernasib baik sukan ini tidak lagi dipandang sinis meskipun masih ada yang bersikap skeptikal terutama apabila ia diceburi oleh golongan wanita.

“Bagaimanapun, saya tidak pernah malu untuk bersaing secara kompetitif. Malah, saya turut berbangga apabila mampu membina otot tangan yang kuat berbanding wanita biasa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI