fbpx

Duplantis masih kesal biarpun raih emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUPLANTIS gagal memecahkan rekod dunia miliknya sendiri biarpun berjaya meraih pingat emas dala acara lompat galah kelmarin. – AFP

TOKYO – Pemenang pingat emas acara lompat bergalah lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, Armand Duplantis mengakui kecewa apabila gagal memperbaharui rekod dunia miliknya.

Pada aksi final malam kelmarin, atlet Sweden itu merangkul pingat emas selepas berjaya melepas ketinggian 6.02 meter (m), menewaskan pencabar dari Amerika Syarikat, Chris Nilsen.

Bagaimanapun, percubaannya untuk memperbaharui rekod dunia 6.18m miliknya gagal apabila dia tidak melepasi percubaan 6.19m yang dilakukan sebaik mengesahkan kedudukannya sebagai pemenang.

“Memang saya sasarkan untuk leburkan rekod tersebut. Saya sentiasa katakan rekod itu perlu diperbaharui dan ia berada di depan mata, namun gagal untuk lakukannya.

“Ketika melakukan percubaan itu, saya fikir sudah dapat melepasi ketinggian tersebut. Tuah tidak menyebelahi saya kerana ada melakukan sentuhan ketika jatuh,” kata atlet berusia 22 tahun itu.

Pada masa sama, Duplantis mengakui lega kerana dapat merealisasikan harapan menggunung yang diletakkan oleh seluruh rakyat Sweden pada temasya sukan terbesar dunia itu.

“Saya sangat lega dan gembira dengan kemenangan ini. Sekarang barulah saya boleh bernafas dengan lebih tenang kerana sebelum ini saya berada dalam keadaan tertekan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI