PEMAIN Sayap Real Madrid, Marco Asensio mungkin akan membawa haluan ke Liga Perdana Inggeris musim hadapan selepas khidmatnya seakan tidak lagi diperlukan di Santiago Bernebeu.
Pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan hanya akan memanas bangku simpanan di bawah kendalian pengurus baharu Real Madrid, Carlo Ancelotti.
Menurut laporan di Sepanyol, Real bersedia melepaskan Asensio berikutan kecederaan berpanjangan dan prestasi yang merudum.
Real yang berminat untuk mendapatkan khidmat bintang sensasi Perancis, Kylian Mbappe perlu melepaskan beberapa pemain di posisi serangan selepas mereka kini miliki sebanyak 11 pemain di dalam skuad termasuklah Gareth Bale, Eden Hazard.
Difahamkan Everton, Leeds United serta Leicester City bersaing untuk mendapatkan tandatangan pemain dari Sepanyol itu sebelum aksi pembukaan liga. – AGENSI